Thursday, December 27, 2012

Caving at Kandu Cave

SALAM,
yes, 
kali ni AKU nak cerita tentang perjalanan aku ke Gopeng.
buat pe kat situ?

AKU ada aktiviti untuk ko kembara alam, 
macam tugasan la jgk..
tapi tugasannya lebih extreme yang melibatkan fizikal dan mental.
Aktiviti ni bermula jam 9.00 pagi, Sabtu 10 nov sehinggalah 8.00mlm, ahad 11 nov.
pengalaman yang sangat mencabar, tapi sangat seronok.

sesape yang suka wat aktiviti mencabar mcm nie, bleyla cuba pegi caving kat situ..
sangat seronok!

muka-muka kami yg sangat teruja sebelum masuk gua..

muka teruja jgk lepas keluar dari gua.. 
*suar ngn baju bertukar warna dah*

Nak cerita pasal pengalaman perjalanan sepanjang kami bercaving hari tu..
AKU telah memilih untuk melalui jalan yang sukar untuk masuk ke dalam gua tu..
sebenarnya, ada je jln biasa nak masuk..tp disebabkan keterujaan yang melampau, AKU pun ikutlah jalan yg agak mencabar sikit. 
mula- mula je dah ada sesi panjat-memanjat, menggigil jgk la nak naik kat atas tu, 
tapi, dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan kembara yang lain, 
terus jadi sangat bersemangat nak sampai kat atas tu, 
luka-luka jgk la kaki ngan tangan AKU  dibuatnya, nasib baikla xde pape pun..
AKU x tahu nak gambarkan macam mana, tapi yang pasti sangat seronok.. 
AKU sarankan kepada sesape yg sukakan adventure, pegilah..seronok sangat. 
pengalaman yang sangat bermakna walaupun penat!

huhu, gambar kat bawah nie, menu tengah hari kami yg terakhir sebelum pulang ke Tanjung Malim..
sebenarnya nak bgtau, menu nie kumpulan kami yg masak..sedap kot!
=)




* AKU sangat teruja dengan kebesaran Allah bila masuk tengok keadaan dalam gua tu. INdah sgt* 

next entry..
AKU g caving lagi..tapi kat Gua Tempurung plak..
lebih mencabar, lebih menarik!



No comments:

Post a Comment