Wednesday, November 13, 2013

Cerita Praktikum 1 : Pertemuan


15 JULAI 2013

Tarikh keramat bagi aku kerana bergelar seorang guru. Walaupun hanyalah seorang guru pelatih je. Pertama kali melangkah masuk dan mengharapkan sesuatu yang bakal memberikan 1001 cerita dan pengalaman baru kepada Aku.



Ni lah sekolah pertama Aku bergelar seorang guru..

Perasaan yang bercampur baur, gembira, teruja, takut..macam-macam lagi..
Alhamdulillah, segalanya berjalan dengan lancar dan hari pertama yang sangat indah dan merupakan satu permulaan yang baik.

Di sinilah bermulanya sebuah pertemuan...
Bermulanya sebuah cerita...




**bersambung**



                                                           

Sunday, October 27, 2013

...Kisah Cinta Dua Benua...


Perkenalan tanpa sengaja, 
Bukan cinta pandang pertama,
Cinta muka buku bukanlah juga, 
Kisah cinta dua benua,
Yang tidak bertentang mata,
Tidak juga berjumpa, bersenda...

Hanya SMS medium perantara,
Mengubat rindu dan duka,
Mendengar suara berkongsi cerita,
Apakan daya,
Kisah cinta dua benua...

Bertahun memendam rasa, 
Menempuh dugaan, rintangan dan derita,
Pertemuan pertama bermula cerita,
Kali pertama bertentang mata,
Lidah kelu tidak terkata...

Namun cerita berakhir duka,
Kisah cinta dua benua,
Penghujung kisah telah tiba,
Hubungan bertahun berakhir juga,
Tiada jodoh dari Maha Esa,
Tidak mampu menahan takdirNya,
Terima segala dengan rela...

Jodoh ada tidak ke mana,
Akhirnya nanti bertemu jua,
Mohon petunjuk dari Yang Esa,
Dipertemua dengan teman sejiwa...


Thursday, December 27, 2012

Caving at Kandu Cave

SALAM,
yes, 
kali ni AKU nak cerita tentang perjalanan aku ke Gopeng.
buat pe kat situ?

AKU ada aktiviti untuk ko kembara alam, 
macam tugasan la jgk..
tapi tugasannya lebih extreme yang melibatkan fizikal dan mental.
Aktiviti ni bermula jam 9.00 pagi, Sabtu 10 nov sehinggalah 8.00mlm, ahad 11 nov.
pengalaman yang sangat mencabar, tapi sangat seronok.

sesape yang suka wat aktiviti mencabar mcm nie, bleyla cuba pegi caving kat situ..
sangat seronok!

muka-muka kami yg sangat teruja sebelum masuk gua..

muka teruja jgk lepas keluar dari gua.. 
*suar ngn baju bertukar warna dah*

Nak cerita pasal pengalaman perjalanan sepanjang kami bercaving hari tu..
AKU telah memilih untuk melalui jalan yang sukar untuk masuk ke dalam gua tu..
sebenarnya, ada je jln biasa nak masuk..tp disebabkan keterujaan yang melampau, AKU pun ikutlah jalan yg agak mencabar sikit. 
mula- mula je dah ada sesi panjat-memanjat, menggigil jgk la nak naik kat atas tu, 
tapi, dengan semangat yang diberikan oleh kawan-kawan kembara yang lain, 
terus jadi sangat bersemangat nak sampai kat atas tu, 
luka-luka jgk la kaki ngan tangan AKU  dibuatnya, nasib baikla xde pape pun..
AKU x tahu nak gambarkan macam mana, tapi yang pasti sangat seronok.. 
AKU sarankan kepada sesape yg sukakan adventure, pegilah..seronok sangat. 
pengalaman yang sangat bermakna walaupun penat!

huhu, gambar kat bawah nie, menu tengah hari kami yg terakhir sebelum pulang ke Tanjung Malim..
sebenarnya nak bgtau, menu nie kumpulan kami yg masak..sedap kot!
=)




* AKU sangat teruja dengan kebesaran Allah bila masuk tengok keadaan dalam gua tu. INdah sgt* 

next entry..
AKU g caving lagi..tapi kat Gua Tempurung plak..
lebih mencabar, lebih menarik!



sebelum berakhirnya 2012..

Salam, 
sedar tak sedar tinggal beberapa hari je lg nak abis tahun 2012 nie..
banyak sgt kenangan, peristiwa suka duka, gembira, menangis yang berlaku..
so, 
sebelum tahun 2012 nie melabuhkan tirainya..
AKU nak update beberapa peristiwa yg belum aku ceritakan sepanjang tahun 2012 nie..
In sha Allah..

Friday, November 02, 2012

Hadiah hari jadi + Pengalaman pertama


Setelah lama menyepi, hari ni AKU nak buat entry pnjang plak..
Nak cerita pasal hadiah hari jadi yang ke 22 sekaligus menjadi pengalaman pertama AKU.
haha..

AKU dapat hadiah hari jadi seminggu awal dari tarikhnya iaitu pada 16 SEPTEMBER 2012.
Hadiahnya percutian ke GENTING HIGHLAND.
semuanya ditanggung!
Best mmgla, tp..
adoi, pkir byk kali gak nak g ke tak.
yelah, dah 22 tahun, x penah pegi pun..
FIRST TIME!!

 perasaan?
teruja? gembira? takot? 
macam-macam la..

Akhirnya..pegi jugakla.
Perjalanan nya x jauh mane la..sejam lebih je, sebab dari TG.Malim kan.


Sampai pg2 tu,.berkabus! bru lpas hujan..SEJUK SGT!


dah park keta..g la mkn dlu, sementara nk tggu pkul 10 theme park tu bkak..


PKUL 10.30 PAGI..
mcm2 perasaan nie..tiket dah beli plak. x nak masuk, membazir. nak masuk, TAKOT!
haha..sengal jugak rasa.

1st bnda yg AKU naek. Spinner..masih bley bertahan lg. nxt..nxt.. dan tiba kat Space Shot.. 
adoi, berpkir lg nak naek ke x.
setelah dipaksa, AKU dengan x relanya naek jgkla.. 
yg x bley blahnya, ingatkan org yg pksa kita naek tu berani sgt la..rupanya..blum gerak lg, dia dh mengucap pnjg dlu. kantoi!
dh turun tu, mmg bersyukur sgtla..dengan kaki yg  menggigilnya..ish!
Sumpah! 1st n last time naek bnda nie.
Penyeksaannya x brhnti kat situ je, ada lg..skali lg, dlm keadaan yg pnuh keterpaksaan naek jgkla CORKSCREW.. lg skali turun dgn kaki yg menggigil. adoi!


Dengan keadaan kabus yg sgt tebal, hujan renyai2, dan cuaca yg sgt sejuk..AKU berjaya habiskan semua permainan kat OUTDOOR tu.
santai2 naek MATAHARI, jalan2 kat DINOSAURLAND, berkayuh2  naek BOATING, pusing2 naek ANTIQUE CAR, terbang2 naek FLYING JUMBO..sume la

Ingatkan OUTDOOR je extreme, INDOOR pun extreme gak. 
Sebenarnya..x de la extreme mne pun, cuma disebabkan AKU ada masalah gayat..
terpaksala AKU tadah telinga kna gelak sebab gayat naek REINDEER CRUISER, padahal x de pe pun.. malu2..
tp berjaya jgk hbiskan  permainan kat citu, 
tgok wayang 4D MOTION MASTER, naek FLYING DRAGON, EURO EXPRESS, mcm2 lg la.. x ingt.
tapi kan..
peristiwa yg plg AKU x bley lupa.. waktu masuk rumah hantu..
biasalah, dalam keadaan terpaksa lagi. masuk jgkla.dengan perasaan cuaknya. AKU ditarik masuk jgk.. mula-mula tu ok lg, dah smpai separuh jln, ada plak la hantu tu maen kejar2, pe lg, larila..dlm keadaan gelap gelita tu. tetibe! PAK!!
kuat gak bunyinya.. kepala AKU terhantuk kat dinding. bkn AKU je cuak, ada org tu pun cuak gak.. yg tak bley blahnya..HANTU pun cuak.. siap bley tnya lg,
 "are you ok?" haha..kelakar gak situasi waktu tu. 
dan diiringi dengan HANTU kami pun selamat kuar dari rumah hantu tu..
layanan first class plak rasanya.
dapatla benjol kat kpla hari tu..

Akhirnya, hari pun dah gelap.
AKU pun berangkat pulang.
Pengalaman yg sgt x bley dilupakan.
pas nie, rasanya xnak pegi lg kot.
haha..

CUKUPLAH SEKALI!!

Terima kasih byk2 kepada org yang bagi hadiah tu. Pengalaman yang sgt2 indah dan mungkin susah nak dilupakan.Walaupun tak de kek, x de parti hari jadi, tapi hadiah ni ckup dah wat AKU gembira dan senyum sampai telinga.
*AKU dapat coklat TOBLERONE jgk!*

Terima kasih byk2 jgk kat org yang sudi teman AKU sehari suntuk, layan kerenah AKU, ketawakan AKU sebab gayat, paksa AKU naek sume permainan tu dan yg paling best, bg benjol kat kepala AKU!. =) 

p/s : Bukan harga yg jadi ukuran, tapi keikhlasan dalam memberi itu yang lebih penting. 

* Disebabkan keterujaan AKU waktu kat situ, AKU xde ambik gambar pun..jdnya, terpaksa la pinjam gambar kat en.google!


terima kasih jgk kerana sudi membaca..






LUPA!!!


Alkisahnya..

Satu hari itu, 
tgah berjalan-jalan ngan Cik Nurul..
di kaki lima dewan kuliah,
cter la pasal blog kengkawan..
tetibe bru teringt sesuatu!

Yup! 
SESUATU

Lama rupanya aku x update blog nie..
ish, dh tua sgt ke? 
smpai bley lupa..
mungkin jgk la.
manusia kan..makin hari umur pun makin meningkat.

byk cerita sebenarnya, cuma..
xde masa,
malas, 
yg pling besar mslhnya..
LUPA.

huhu.. xpelah, pasnie rerajin la update ye.
byk kisah menarik..
tp kna flashback dlu la..

jmpa next update la ye..
=)

Monday, March 26, 2012

~Handmade~

Nak mula mcm mane?
x tau la..

Sebenarnya..
nak cter pasal aku ada hasilkan sesuatu..
hasil tangan sendiri..
cantik ke?
sedap mata memandang kot..
btw..aku ske sgt2 bnda 2..

Apa bnda ek?

-
-
-
-
-


2 minggu gak nak siapkan bantal nie..
pas nie..akan menyusul lagi ek..
=)


*bila kita wat sesuatu dgn titik peluh kita..dan kita tgok hasilnya..mesti rasa sgt teruja dan suka hati kan...*

Saturday, March 24, 2012

Kampung vs Bandar


KAMPUNG? BANDAR?
ada beza ke? 
YES!
for sure la berbeza, 
suasana, persekitaran, masyarakat, 
tapi, 
x de la perbezaan tu ketara sangat..kita je yang selalu membuatkan perbezaan tu terlalu ketara.

of course la..

kalau kat kampung tu, 
x payah nak g pasar klu setakat nak beli pucuk ubi, belakang umah pun ada kan?
buah-buahan x payah cter la kan..keliling umah pokok buah,
setakat santan tu, perah sendiri je,
dan pastinya, kat kampung nie, ada la segala jenis binatang ada,
kambing, ayam, lembu, kerbau, even b**i tu pun ada kan,
kos hidup kat kampung nie..tak de mahal sangat..
bab sayur, buah dah saving..x yah nak beli
kat kampung x payah nak air cond bagai,
fresh air je dah cukup..tenang..nyaman
tu kan lebih baik..pencemaran pun kurang

ihsan : mr.google

Kalau kat bandar plak,
pucuk ubi ke, buah ke, sayur ke, santan ke, segala benda la..
kena la pi kedai beli klu nak guna,
kat mana plak la nak tanam pokok buah keliling umah, 
setakat pokok mangga, pokok nangka sebatang depan umah bleyla.. 
tu pun kalau duk umah teres..klu duk flat?apartment? 
takkan nak tanam pokok buah dalam pasu plak kan?
nak jumpa binatang peliharaan plak.. tak payah citer la
klu setakat kucing ke, arnab, hamster tu ada la..
klu nak kata kambing, lembu, kerbau, ayam tu x de la orang wat bela kat bandar ni..
then, klu gitu, mcm ne aku nak tau tahi kambing tu macam mana rupa kan?
( mungkin salah aku gak, kat tv kan ada )
kos hidup ka bandar pun x payah citer la..mmg la lebih skit dari duk kat kampung..
sebab tu la, nampak orang bandar nie ada kerja, tapi x jugak kaya-kaya, 
macam-macam nak kene bayar..
everything is money!
klu kat umah tu ada air cond, bukan cter kaya sangat..
tp macam keperluan plak..lagi-lagi kat kl.. bandar terpanas kan?
balik-balik keje..panas-panas, dapat duk dalam air cond sambil rehat-rehat..kan nikmat tu..


ihsan : mr.google

TAPI KAN...
tak kisah la duk kampung ke bandar ke..
tak perlu la nak beza-beza kan..
sangat annoying bila ada orang ckap
" dia kat budak bandar, aku orag kampung je"
tak perlu kot cakap macam 2, 
dah memang lahir-lahir je mak, ayah duk kat bandar nie..
dorng berhijrah keje kat sini, aku dibesarkan kat sini..
dah 21 tahun..
bukan tak mengaku orang kampung, tp memang the truly was it! 
AKU TAK PERNAH MERASA DUK KAMPUNG..
tapi, deep in my heart, aku teringin..
nak rasa suasana tu..

* bersyukur la kat mana sekali pun kita *
*ada kelebihannya di mana sahaja kita berada, tak perlu nak beza-beza kan, kampung atau bandar, bukan itu ukurannya*





Tuesday, March 20, 2012

TOBLERONE

Dah lma sgt x update..
tetibe tringat kat blog nie.
BERHABUK!! =p

Nak cter pe?


emm..pnah tgok x coklat nie?
YES!
Nak cter pasal 2 la..

Bru2 nie mkn coklat nie..
tetiba,
teringat kat satu peristiwa pasal coklat nie..
ish2..senyum sendiri je..
rindu plak kenangan 2.


KENANGAN SUNGGUH!!
-
-
-
-





*doakan dia cepat sembuh ye*

Saturday, January 21, 2012

Lma x update..
BUSY, MALAS, X DE MASA...
Mcm2 perasaan ada..
pasnie, 
akan adakan masa tok update ye!
Jnji pada diri sendiri sbnrnya.
=)

Thursday, September 22, 2011

Kenapa?

KENAPA?
sume org dah biasa dgr soalan mcm 2 kan?
dan soalan tu la yg berada dlm kepala aku semenjak dua menjak..
aku sndiri x tau knp..
dan
aku x de jwpn untuk soalan yg banyak sgt 2..
soalan 2 sgt merimaskan dan kdg2 memberi tekanan kat aku..

salah satu soalannya..
kenapa aku jd mcm nie?x mcm org lain?
nmpak mcm aku x brsyukur dgn kurniaan Allah kan?
tapi 
sebenarnya bukan aku x brsyukur, 
jauh sekali nak menyalahkan takdir Allah..
tapi,
bila soalan tu timbul..ia akan berkaitan dgn hati dan perasaan aku
aku akan sangat tersentuh..

mgkin korang x fhm apa sbnrnya yg berlaku kan..
aku pun x nak bercerita tntng tu, 
ntahla..bkn x nak brkongsi, cuma ianya sgt sensitif bg aku..
perkara ni jgak kadangkala brkaitan dgn keyakinan diri aku..
it's very hurt..

ntahla..
tak mampu nk berkata lg..
hanya air mata je yg mampu mengalir..
maaf sekiranya terlalu byk persoalan yg timbul..
dan terlalu byk merepek..

mgkin suatu hari nnti perkara nie akan aku ceritakan..
suatu hari nnti..



Wednesday, September 14, 2011

Perjuangan dah bermula..

Tajuk je cam gempak..but nothing much to say

Just..
perjuangan aku dah bermula..
PERJUANGAN
untuk belajar..dan terus belajar..
mengutip segala jenis ilmu yang ada..
mencari berjuta pengalaman sebagai bekalan..
mendidik diri menjadi seorang manusia berguna..

Setiap perjuangan pastinya ada cabaran dan dugaan..
harapnya aku diberikan ketabahan yang sgt2 tinggi bg menghadapi segalanya..
diberikan juga akal fikiran yang waras dan sihat agar dpt berfikir dan bertindak sewajarnya..

Semoga apa yang aku impikan dan aku harapkan menjadi kenyataan dan berjaya mencapainya..
terima kasih atas doa kalian..


kata hati : sem baru..azam baru..semangat baru!!!!

* maaf ayat skema sgt..=P *

Thursday, August 11, 2011

AKU Berubah??

 
DIA     : beb, dah lma kitakwn kan..
AKU    : Yup, almost 8 years..Since form 1 kan?Npe?
DIA     : X delah..aku tgok kau ni dah byk berubah..x mcm
             yg aku knal dlu..dah lain sgt.
             aku rasa mcm ada something je x kna ngan kau nie.
AKU    : Ye ke? x delah..aku still same mcm dlu..=)

                ***********************************************************************

Haha..byk kali aku dgr dialog tu..rmai ckp mcm tu..
jap2..ye ke aku dh berubah?

SEMAKIN lama masa berlalu, 
semakin dewasa seseorg tue, 
semakin banyak pngalaman dan dugaan dilalui,
semakin banyak bnda dipelajari,
semakin jauh perjalanannya,
semakin tu jgaklah matang pemikiran seseorng tu..
dan aku rasa sebab tu jgakla aku dh berubah..

BERUBAH kpd sesuatu yg lebih positif..
berubah utk menjd sesorg yg lbih baik.
berubah utk menjd lbih brguna.

TAPI, 
 perubahan aku tu x bermakna kasih syg aku kat kau jgak berubah sahabatku..
kasih syg aku kat kau tetap sama mcm dlu..
malah lbih utuh dri dlu..

perubahan aku jgak x bermakna aku bkn sahabat yg kau knal dlu...
masih sama..
akulah yg kau knal 7 tahun lpas..

KESIMPULANNYA..
Setiap manusia akan melakukan perubahan dlm hidupnya..perubahan dlm dirinya..
mcm 2 jgak aku..kau pun pasti berubah kan?
tp, berapa byk perubahan yg berlaku pun, kau tetap sahabatku..
itu PASTI!
x pnah berubah...

****************************************************************

AKU   :  jdlah sahabat yg benar-benar bergelar sahabat, 
             bukan setakat memegang status sebagai
             sahabat..




Saturday, August 06, 2011

ISMP SEJARAH, UPSI

ISMP SEJARAH :  Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Sejarah..

***************************************************
Suatu masa dahulu...

A       : Kau  dpt sambung kat mana?
AKU :  UPSI
A       :  Owh..cikgula nie? Kos apa?
AKU :  Sejarah
A      :   (terkejut)..Sejarah? gilerla wei..
AKU :   agakla (sedih)

****************************************************


adoyai..x tau mcm mana aku bley terjebak dgn kos nie..
klu nak diikutkan mmg x pnah langsung terpikir nak amik subjek ni lagi2 kat universiti.
Sebenarnya, subjek ni pilihan kedua aku dlm borang permohonan UPU dulu.. konon2nya sje nak 
cuba nasib sebab disyorkan oleh pengetua sekolah lama aku dulu..katanya peluang besar..
so, aku pun letak jelah.tp dlm hati sgt berharap x dptla.

Dan..akhirnya..takdir Allah..apa yg aku x nak itulah yg aku dpt..
x berhenti air mata aku nie gugur ble tgok je kputusan UPU...
Org lain menangis gembira..tp aku menangis kecewa..
Tapi, atas nasihat, bimbingan, sokongan kedua ibu bapa, cikgu2 dan kawan2..
aku tabahkan hati, terima segalanya dengan redha..

Sebenarnya bukan apa..byk bnda yg bermain-main kat kpla aku time 2..
mcm2..dh mcm rojak..
aku bley bwk ke subjek ni?
akan dtg ke minat 2?
mcm mana nak study klu x minat?
ditambah lg dgn pelajar lain yg dah confirm terrorr...
mcm2..
ditambah lagi dgn persepsi org tentang subjek nie kan?
bosan, mengantuk, susah..mcm2 la..
mcm 2 jgak aku.. mana tak nya..
time sekolah dlu, time subjek ni la waktu tidur aku..
lg2 waktu2 kemuncak plak 2 pkul 12.00 tgahri..manala x mngntuk dibuatnya..
semua 2 tinggal kenangan je..

Tapi kini,
subjek ni antara subjek kegemaran aku..
minat 2 mula dtg sikit demi sedikit..
subjek nie pun dah mula serasi ngan aku..
Alhamdulillah..

hasilnya dah 2 sem aku belajar, result aku x la seteruk yg aku sangkakan..
walaupun x byk..tp berbaloi dgn usaha yg aku lakukan..
Alhamdulillahh..
Kini, aku nmpak hikmah disebalik apa yg berlaku..
Siapa tahu, ada rezeki yg akan dtg yg kita x tahu kan..
Aku bersyukur dgn apa yg aku perolehi skang nie..
Sesungguhnya Allah tahu apa yg terbaik utk hambanya..
Semoga Allah permudahkan segalanya..
Amin.

************************************************
Kini...

B        :  Ko study kat mana skang ek?
AKU  :  UPSI
B        : Owh..kos pe?
AKU  :  Sejarah..(bangga)
B        : (terkejut)..haha..x susah ke?bosan je..
AKU   :  Alhamdulillah setakat nie,aku ok lagi..
             bosan?x delah..seronok!!
             rugi ko x belajar.

********************************************


p/s : setiap yg berlaku ada hikmahnya..mungkin kita x dpt apa yg kita sukai, tp Allah akan memberikan yg lebih baik dari itu. Bersyukurla dgn apa yg diberi dan diperolehi.=)
  



Friday, August 05, 2011

kisah "AKU"

Mak cakap ngan AKU,
x pyhla brcinta skang nie..belajar dlu..
Mak ckp lagi ngan AKU,
abah dlu keje kilang je, klu nak cari calon, 
carilah yg kerja elok skit dri abah.. 
terjamin masa depan kau gak.

**************************************************
AKU dh jmpa, tp semua x menepati apa yg mak ckp..
 mak cakap, suh belajar dlu..tp AKU bercinta time belajar..
Mak suh cari yg keje elok..tp dia..emm..keje pun x tentu arah lg..

Dia sgt suka AKU, syg AKU..
tapi AKU?
dlu perasaan 2 ada..tp skang nie perasaan 2 dah makin kurang..
AKU sendiri x tau npe..
lma AKU pkir..
AKU dh dpt jwpnnya..
AKU tau knp..
AKU x jd diri AKU bila ngan dia..
AKU hipokrit..
AKU tak bahagia..semuanya cuma nak jg hati dia..
dia x berfikiran matang, dia x berkelakuan matang, dia childish lg..
AKU x tahan dah..
tp AKU x mampu wat pape..
sebab..
AKU takut dia terluka..
AKU takut jd pape kat dia..
AKU rasa bersalah sgt..
AKU kna jg hati byk pihak,bkn dia je..
AKU pgang amanah org..
jd skang nie..AKU terpaksa hidup dlm penipuan..
tipu diri sendiri..
tipu perasaan sendiri..

dlu AKU pkir, AKU x bley klu dia x de kat sisi AKU..
tapi skang AKU rimas ble dia selalu ngan AKU..
hari-hari AKU pkir perkara nie..
mmg bagus ada org syg sgt kat AKU..
tp klu AKU x bahagia ngan dia mcm mane kan?
x kan selamanya AKU nak tipu diri sendiri?
x kan selamanya AKU nak jg hati org?
siapa nak jg hati AKU?

AKU pnah cter mslh nie kat org..
sng je jwpn dorng..
" kau kna trus terang.."
ckp mmg sng..cuba la wat..
cuba la berada dlm situasi AKU..
cuba alami apa yg AKU hadapi..
korng pun x kan mampu nak BERTERUS TERANG..

jadi, 
skang nie, AKU hanya mampu berdoa pada-NYA
agar AKU dan dia diberi hidayah..
diberi kekuatan untuk hadapi semua nie..

*******************************************************************

Mak cakap ngan AKU,
kalau x ske, jgn layan org tu, 
nnti dia ingat kita bg harapan kat dia..

Yang paling aku ingat, dan kenapa semua bnda nie terjadi ialah kata-kata mak pada suatu hari...

                                  MAK :   "MAK TAK RESTU KAU NGAN DIA..". 

                                  AKU :     ????

Tuesday, August 02, 2011

Keterujaan Ramadhan



Alhamdulillah..Ramadhan dtg lg.
Sangat teruja sambut Ramadhan tahun nie..x tau la npe..tapi rasa brmkna sgt kedatangan bulan mulia nie..
Harapnya Ramadhan tahun nie memberi satu makna yg besar dalam hidup aku..
   " Selamat berpuasa " aku ucapkan kat sume member2 yg mengenali aku..(harap blum trlmbatla nak wish)
PEACE!


p/s : ambillah peluang di bulan yg mulia untuk kita lakukan sesuatu yg sgt bermakna dlm hidup kita!

Ahlan Wa Sahlan..

Selamat dtg!
2 Ogos bersamaan 2 Ramadhan nie..aku ucapkan Selamat Datang kat blog baru aku nie..
actually dah lma berjinak2 ngan blog..cuma ada beberapa mslh teknikal yg memaksa aku delete blog lama 2..
Pape pun harap korang enjoy ngan content blog baru nie ek. =)
Peace!